A-Masjid.com
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Manual Pengguna
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu Utama
SISTEM A-QARYAH

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT ANAK/AHLI KARIAH (aqaryah) MASJID

KEGUNAAN - Menambah, menyimpan, mengubah dan memadamkan maklumat anak kariah oleh PEGAWAI atau AJK MASJID secara atas talian

- Ahli Kariah boleh mengisi borang secara atas talian (online) bagi ahli yang belum berdaftar dengan masjid.

- Pengunjung hanya boleh melihat maklumat tertentu yang dibenarkan oleh pihak pentadbir masjid.

Sekiranya ada perubahan maklumat, borang secara atas talian disediakan bagi kemudahan pengunjung menyampaikan maklumat terkini kepada pihak pentadbir masjid.

- Perubahan oleh pengguna tidak berdaftar akan di simpan di pengkalan data berasingan. Pihak pentadbir akan meneliti maklumat asal dan maklumat yang diubah dan membuat keputusan untuk menerima perubahan atau sebaliknya.

Mengandungi maklumat sebagaimana dibawah: -

- maklumat ketua keluarga, anak/isteri/tanggungan, pekerjaan, pendapatan, no telefon dan lain-lain
- senarai mengikut surau/taman dibawah kariah Masjid.
- senarai mengikut kategori, warga emas, miskin, wajib solat jumaat, layak mengundi, anak yatim, pegawai/ajk masjid dan lain-lain
- mempamerkan dan mencetak senarai; a. keluarga, b. ahli keluarga, c. ahli keluarga mengikut jantina dan lain-lain

PENTADBIR AQARYAH (ADMIN AQARYAH)

- Hanya seorang yang di berikan kebenaran untuk memproses (meluluskan/menangguhkan/membatalkan) permohonan. Biasanya tanggungjawab memproses di beri kepada imam. Ini bertujuan mengelak dari berlaku salah faham dan orang yang di beri tanggungjawab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas kelulusan yang diberikan.

- Boleh memadam maklumat ahli qaryah dan sebab maklumat dipadamkan perlu dinyatakan. Maklumat yang telah dipadam boleh di ambil semula dan dimasukkan semula ke pengkalan data sekiranya ahli kariah berpindah dan kembali semula menjadi ahli.

AJK AQARYAH

- AJK aqaryah adalah bertanggungjawab mengisi dan memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap.
- Boleh membuat perubahan keatas maklumat ahli kariah dan boleh mengakses maklumat yang tidak dipaparkan kepada umum seperti alamat rumah, no kad pengenalan, tarikh lahir dan pendapatan.
-

KESAN PENGGUNAAN (TRACKING LOG)

- Setiap aktiviti berkaitan maklumat ahli qaryah ( tambah rekod baru/padam/ubah) akan direkodkan. Ini termasuklah semua aktiviti yang dibuat oleh pentadbir dan ajk aqaryah keatas maklumat ahli kariah.

SEJARAH RINGKAS AQARYAH

- Di peringkat awal, Mechatronic Gallery bercadang menggunakan platform Sistem E-Qaryah yang di bina untuk kegunaan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, namun data dari sistem lama masjid al-Muhsinin Kg Raja Sungai Petani (dengan persetujuan ajk bagi membangunkan sistem ahli kariah) yang direkodkan semenjak tahun 2000 menggunakan Ms Access telah mencecah 4000 lebih ahli maka platform sistem baru telah dibina mengikut format dari sistem asal masjid dengan perubahan tambahan fungsi yang lebih sesuai.

- 10 Februari 2010 Pengkalan data mula dibina.
- 12 Februari 2010 proses memindah data dari sistem lama(ms access) ke sistem baru iaitu sistem secara atas talian.
- 15 Februari 2010 paparan senarai, paparan maklumat ketua keluarga dan anak dibina
- 17 Februari 2010 paparan tambahan (tanggungan, AJK, Bantuan, saguhati) dibina - 18 Februari, carian nama ketua keluarga, no kad pengenalan dibina
- Sistem pengurusan Ahli Qaryah (AQARYAH) di peringkat akhir pembinaan. Rekod dari sistem terdahulu telahpun di muat naik dan dimasukkan ke sistem AQARYAH.
- 19 Februari 2010 Maklumat Ketua Rumah/Keluarga mula diakses. Disebelah kiri laman web, dibawah menu AQARYAH --> Semasa.
- Makluman telah disampaikan kepada kepada Ahli Kariah sebelum azan pertama solat Jumaat oleh Tn Imam - Ustz Alias B. Che Nus.
- 20 Februari 2010 persiapan dan ujian akhir
- 23 hb Februari 2010, data pertama telah dimasukkan oleh pengguna secara online.
- 1hb Mei 2010 portal dan sistem ahli qaryah masjid Al-Muhsinin Kg Raja (www.mkgraja.com) telah dilancarkan secara rasmi. Pelancaran dibuat oleh tuan imam dan sdr Ahmad Fahami selaku pembina sistem.

PERUBAHAN YANG SEDANG DILAKUKAN:

1. Paparan yang lebih kemas dan teratur, lebih banyak pilihan kategori

2. Maklumat Pasangan di asingkan untuk mendapat jumlah ahli yang lebih tepat

3. Kesan penggunaan, tracking log bagi setiap aktiviti yang dilakukan keatas maklumat

4. Hapus rekod, tiada lagi penghapusan kekal, tetapi rekod di asingkan ke jadual berasingan yang boleh di pindahkan semula sekiranya perlu.

5. Komen / alasan penangguhan kelulusan permohonan.

6. Perubahan maklumat ketua keluarga oleh pengguna tidak berdaftar.

7. Perubahan maklumat anak/tanggungan oleh pengguna tidak berdaftar

 



The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread
Search
Who is Online
14 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 14

more...