A-Masjid.com
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Manual Pengguna
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu Utama
PORTAL A-MASJID

Portal a-masjid dibina untuk memudahkan semua pihak dalam menguruskan maklumat secara teratur dan sistematik.
Semua masjid akan dikumpul dan disimpan pada satu server bagi memudahkan semua pihak mengakses secara satu pusat sehenti (one stop center).

Masjid akan di bahagi mengikut negeri & daerah. Buat masa sekarang ianya masih di peringkat awal pembangunan.
Portal ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Hanya masjid yang telah mengguna pakai sistem a-qaryah sahaja akan di paparkan di halaman utama.

Borang maklumat masjid akan dibina dalam masa terdekat untuk kemudahan pengemaskinian maklumat masjid yang baru siap dibina atau yang tercicir bagi melengkapkan pengkalan data senarai masjid diseluruh Malaysia.

Diharap projek ini mendapat sokongan dari semua pihak dalam memartabatkan umat Islam dari sudut pengurusan maklumat.

Bagi pihak pentadbir masjid
1. Dapat menyampaikan maklumat, aktiviti yang dijalankan dan muat naik gambar-gambar aktiviti kepada ahli kariah dan pengunjung melalui portal yang disediakan

2. Melalui sistem ahli qaryah (a-qaryah):

a) Pengesahan ahli kariah bagi tujuan yang berkaitan perkahwinan (nikah / cerai / rujuk)

b) Penyampaian bantuan/sumbangan ( fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal/janda, pengajian/pelajaran)

c) Urusan berkaitan kematian (pengkebumian, takaful dan lain-lain)

d) Penggunaan kemudahan / peralatan masjid

3. Perkongsian komputer pelayan (server) dapat mengurangkan kos dan boleh di naik taraf sekiranya ada keperluan.
Lebih memudahkan urusan sekiranya pentadbir laman di pihak masjid berpindah / berhenti / meninggal.
Portal tetap wujud kerana ianya dikendalikan oleh syarikat Mechatronic Gallery.
Pentadbir laman boleh di ganti dan nama serta katalaluan boleh di cipta semula.

Nota : Biasanya seorang pentadbir laman akan membayar domain (contoh: masjidkgraja.com) dan hosting (tapak laman). Apabila pentadbir ini berpindah, semua maklumat berkaitan pembayaran, katalaluan dan sebagainya hanya diketahui/disimpan oleh beliau. Pihak masjid tidak lagi boleh mengemaskini maklumat walaupun pentadbir laman baru dilantik. Domain juga tidak boleh diperbaharui atau dicipta sekali lagi kerana domain asal masih wujud menyebabkan laman web masjid terbengkalai dan tidak dapat digunakan lagi.

Bagi pihak berkuasa (Jabatan Agama Islam,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan Lain-lain)
1. Maklumat Pegawai dan AJK masjid telah dikemaskini oleh pihak masjid sendiri, memudahkan pihak berkuasa mendapat maklumat terkini.
2. Portal juga akan dibina untuk pihak Jabatan Agama Islam daerah dan negeri yang mana semua maklumat pegawai/ajk/ahli kariah akan disalurkan terus ke portal jabatan mengikut daerah seterusnya negeri.
3. Senarai Individu atau keluarga yang layak menerima bantuan juga dapat di capai dengan mudah oleh Jab. Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat negeri.

 
Search
Who is Online
1 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 1

more...